Terusan Suez kembali lancar

Semua kapal yang terkandas disebabkan dihalang oleh kapal kontena besar di Terusan Suez pada bulan lalu telah bergerak lancar, sekali gus menamatkan kesesakan di laluan perdagangan global itu.

Sebanyak 61 kapal terakhir daripada 422 kapal yang beratur panjang ketika usaha melepaskan kapal Ever Given yang melintang di terusan tersebut telah dilepaskan pada hari Sabtu, kata Suez Canal Authority (SCA).

Rantaian bekalan antarabangsa terjejas ketika Ever Given sepanjang 400 meter menghalang laluan terusan pada 23 Mac, dengan pasukan penyelamat pakar mengambil masa hampir seminggu untuk menangani situasi itu.

Secara keseluruhan, 85 kapal dijadualkan melalui terusan pada hari Sabtu termasuk 24 kapal yang tiba setelah Ever Given dilepaskan, kata SCA.

Siasatan SCA bermula pada hari Rabu lalu tentang punca yang menyebabkan kapal itu terkandas di terusan dan menyekat jalan air selama enam hari, kata ketua SCA, Osama Rabie.

 “Siasatan berjalan lancar dan akan berlangsung dua hari lagi, maka kami akan mengumumkan hasilnya,” tambahnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here