Taburan lebuhraya baru dicadangkan di Malaysia

Lebuhraya  bertol  di  Malaysia  telah  wujud  sejak  1966  lagi, 9  tahun  selepas  kemerdekaan  dengan  menaiktaraf  Jalan  Tanjung  Malim-Slim  River  kepada  lebuhraya  dan  dijadikan  kepada  jalan  persekutuan  semula  pada  1994  selepas  Lebuhraya  Utara  Selatan  sudahpun  siap.  Lebuhraya  Utara  Selatan  misalnya, bermula  dengan  pembinaan  segmen-segmen  tertentu  sebelum disambung  kesemuanya  dengan  segmen  Kuala  Lumpur-Seremban (1982), Bukit  Kayu  Hitam-Jitra (1985), Seberang  Jaya-Perai (1985), Senai-Johor  Bahru (1985), Ipoh-Changkat  Jering (1987), Senawang-Ayer Keroh (1987),Ayer Keroh-Pagoh (1989)  sebelum siap  sepenuhnya  pada  1994. Lebuhraya  lain  seperti Lebuhraya  Persekutuan (1977), Lebuhraya  Kuala  Lumpur-Karak  (1979), Lebuhraya  Shapadu  (1985), penaiktarafan  Lebuhraya  Skudai (1985)  dan  NKVE (1993)  juga  berlaku  dalam  lingkungan  masa  ini. Lebuhraya  Pan-Sumatra  dan  Pan-Jawa  di  negara  jiran  juga  dibina  dengan  cara  sebegini.

Perkembangan  lebuhraya  kemudiannya  semakin  berkembang  dengan  pembinaan  lebuhraya  antaranegeri  baru  seperti  Lebuhraya  ELITE (1996), Lebuhraya  Pantai  Timur  Fasa  1  (2004), Lebuhraya  Kajang-Seremban (2008) dan  Lebuhraya  Pantai  Timur  Fasa  2 (2015).

Di  kawasan  Lembah  Klang,  kenaikan  jumlah  penduduk  secara  mendadak  mendorong  lebih  banyak  lebuhraya  dibuka  selepas  PLUS,ELITE dan Shapadu  seperti  Lebuhraya  KESAS (1997), Lebuhraya  Damansara-Puchong (1999), Lebuhraya SPRINT (2001), Lebuhraya  Baru  Pantai  dan  Lebuhraya  SILK (2004), Terowong SMART dan  Lebuhraya  Maju  (2007),Lebuhraya  DUKE (2009),Lebuhraya  LATAR(2011) dan  Lebuhraya  SKVE  (2013).

Limpahan  lebuhraya  juga  berlaku  di  bandar-bandar  utama  lain  seperti  di  Pulau  Pinang  iaitu  Jambatan  Pulau  Pinang  (1985),Lebuhraya  Butterworth-Kulim (1996),Lebuhraya  Lingkaran  Luar  Butterworth  (2006)  dan  Jambatan  Sultan  Abdul  Halim  Muadzam  Shah  (2014); serta  di  Johor  Bahru  iaitu  Lebuhraya  LINKEDUA (1998), Lebuhraya  Senai-Desaru (2011)  dan  Lebuhraya  EDL  JB  (2012).

Terdapat  beberapa  lebuhraya  standard  R5  tidak  bertol  yang  tidak  diletakkan  dalam  kawalan  LLM  seperti  Lebuhraya  Changlun-Kuala  Perlis, Lebuhraya  Pasir  Gudang (1979) dan  Leburaya  Dr.Lim  Chong  Eu (2010).

Garis  biru  menandakan  lebuhraya  baru/dicadangkan  manakala  garis  putih  menandakan  bahagian  lebuhraya  sedia  ada  yang  mungkin  dihubungkan  kepada  lebuhraya  baru/dicadangkan.  Sebahagian  lebuhraya  yang  disenaraikan  diambil  berat  oleh  kerajaan  dan  sedang  dibina  seperti  Lebuhraya  Pantai  Barat,Lebuhraya  Central  Spine  Road  dan  Lebuhraya  Pan  Borneo. Manakala  yang  lain  samada  ditunda,  dituruntaraf  kepada  jalan  raya  berkembar  atau  hanya  sekadar  dilupakan.  Terdapat  juga  lebuh  raya  yang  dibatalkan  kerana bawok moksiat. Ambo tok suko.Ini semuo yahudiee ni  kerana bantahan  penduduk  seperti  Lebuhraya  KIDEX.

Berdasarkan gambarajah  di  atas,  kita  dapat  gambaran  penuh  bagaimana  rupa  perhubungan  negara  kita  jika  semua  lebuhraya  ini  berjaya  dibina.  Boleh  dikatakan  Lebuhraya  Pan  Borneo  akan  menjadi  lebuhraya  terpanjang  di  Malaysia  suatu  ketika  nanti. Lebuhraya  yang  dikatakan  sepanjang  2083 km (Side  note: Lebuhraya  PLUS  (772km))  akan  menghubungkan  Teluk Melano,Sarawak  ke  Serudong,Sabah. Lebuhraya  ini  sering  disalahertikan sebagai Jalan Pan Borneo  yang  sudah  lama  siap. Disebabkan ianya  tidak  mempunyai tol, ramai menjangkakan  ianya  adalah  dalam  kategori  R5/U5. Lebuhraya ini pernah mencetuskan kontroversi apabila berlakunya cadangan untuk melencongkannya ke arah Dataran Tinggi  Kelabit.  Bukan  sahaja  laluannya  lebih  panjang  berbanding  laluan  merentasi  Brunei, malah  ianya  akan  melalui  dua  buah  Taman  Negara  iaitu  Taman  Negara  Gunung  Mulu  dan  Taman  Negara  Gunung  Buda.  Namun  laluan  ini  dicadangkan  atas  alasan  supaya  kita  mempunyai  laluan alternatif  andai  kata  berlakunya sesuatu  krisis  di  Brunei  supaya  Lawas  tidak  kekal  terperangkap  seperti  kini.  Selain  itu,  terdapat  dakwaan  kononnya  laluan  ini  hanyalah  jalan  dua  hala  berdasarkan  laluan  ke  Teluk  Melano  yang  sudahpun  siap. Sebelum  ini,  Sarawak  mempunyai  tiga  jambatan  bertol  yang  telahpun  dihapuskan  tolnya  iaitu  Tol  Jambatan  Tun  Salahudin, Tol Jambatan Lanang, Sibu  dan  Tol  Jambatan  ASEAN,Miri. (kesemuanya  dihapuskan  pada  1 Januari 2016)

Pernah  ada  ura-ura  untuk  menyambung  Lebuhraya  Utara-Selatan  ke  negeri  Perlis  yang  terasing  daripada  rangkaian  ini.  Antara  khabar  angin  kegagalan  ini  adalah  kononnya  lebuhraya  ini  bersifat  Kedah-centric  dan  ditamatkan  di  Bukit  Kayu  Hitam  untuk  memajukan  kawasan  ini.  Selain  itu,  terdapat  juga  cerita  kononnya pesawah-pesawah  di  Perlis  enggan  menjual  tanah  mereka  kepada  konsesi  lebuhraya. Sekiranya  lebuhraya ini  dibina, diandaikan  bahawa  kawasan  seperti  Kodiang-Arau, Beseri  dan  Padang  Besar  akan  dihubungkan. Malah  pembinaan  CIQ  yang  lebih  proper  mungkin  akan  dilakukan.  Dikatakan  pembinaan  Lebuhraya  Changlun-Kuala  Perlis  (garisan  putih)  telah  mengambil  alih  peranan  lebuhraya  yang  dicadangkan  ini. 

Antara projek lain yang kontroversi  adalah  cadangan  pembinaan  jambatan  ke  Langkawi. Bukan  sahaja  ianya  akan  menjadi  salah  satu  projek  mega,  panjangnya  sahaja  jauh melangkaui  panjang  jambatan  kedua  Pulau  Pinang.  Kerana  bantahan  daripada  pengusaha  feri,  jambatan  ini  dirancang  pula  sebagai  Jambatan  Putus  (watdehek?)  iaitu konsep 2 dalam 1  iaitu korang naik  jambatan, sampai kat tengah tu, turun kereta, naik  feri, pastu berharap ada teksi/grab kat seberang jambatan amik ate gitule gamoknye idokle teman tau yong oii. Dan, as expected, projek ni telah selamat dibakulsampahkan.

Di Pulau Pinang, 3 lebuhraya  telah  dirancang  iaitu  Lebuhraya  Lingkaran  Luar  Pulau  Pinang/PORR (Tg.Tokong-Gelugor), Lebuhraya Penghubung Pulau Pinang 1 & 2/PIL 1&2(Gurney-Paya Terubong-Bayan Lepas) (Paya  Terubong-Teluk Kumbar). Lebuhraya-lebuhraya  ini  juga  mepunyai  kontroversi  sendiri, iaitu  faktor politik dan juga kesan terhadap alam sekitar. Pulau  tambakan  yang  dicadang  di selatan  pulau  juga  akan  disambungkan  dengan  laluan  ini.

Di  Selatan  Kedah, Seberang  Perai  dan  Perak  juga  terdapat  laluan-laluan  baru/dicadangkan  seperti  ini.  Lebuhraya  Pantai  Barat  misalnya  dijangka  akan  siap  dalam  beberapa  tahun  yang  terdekat,  sekaligus  membawa  anjakan  kepada  bandar-bandar  utama  Perak  yang  terasing  daripada  rangkaian  lebuhraya  seperti  Sitiawan, Teluk  Intan,Ayer  Tawar, Sri Iskandar  dan  Hutan  Melintang. Dijangka  laluan  ini  akan  dijadikan  laluan  utama  kargo dari  Klang  ke  Pulau  Pinang kerana  dapat  mengelak  laluan  berliku  sekitar  Terowong  Menora  serta  mengelak  kesesakan  Kuala  Lumpur.

Bagi  kawasan  utara  yang  dijangka  pembinaan  Lebuhraya  Jelapang-Selama  dan  Lebuhraya  Kedah  Selatan (walaupun aku lebih prefer disatukan menjadi Lebuhraya Sungai Petani-Kulim-Ipoh/SKI atau Lebuhraya Penang Bypass), lebuhraya  ini  berpotensi  untuk  menyambungkan  Ipoh  terus  ke  Pulau  Pinang  dan  Sungai  Petani. Walaubagaimanapun, lebuhraya ini juga  mempunyai kontroversi  sendiri  apabila  idea  ini  agak  suram  di  media  dan  hanya  kembali  naik  apabila  cadangan  pembinaan  Lapangan  Terbang  Kulim  dinaikkan  semula.  Orang  ramai  juga  turut  mempersoalkan  tentang  kelebihan  menggunakan  lebuhraya  ini  berbanding  lebuhraya  sedia  ada  kerana  kesesakan  hanya  berlaku  di  sekitar  Seberang Jaya-Prai  dan  agak  jarang  kesesakan  berlaku  di  utara  Perak.  Anggaran  jumlah  perjalanan  juga  turut  dibangkitkan.

Lebuhraya  Ipoh-Lumut  (yang  tidak  digariskan di  atas)  telah  dituruntarafkan  kepada  jalan  berkembar  dengan  persimpangan  searas  kerana  kekangan  ekonomi.

Lembah  Klang  adalah  kawasan  yang  mempunyai  jaringan  lebuhraya  terbanyak  di  negara  ini  selaku  kawasan  metropolitan terbesar. Lebuhraya  Pantai  Barat  dijangka  akan  menamatkan  perjalanannya  di  sini  di  pekan  Banting  meskipun  sebilangan  expressway  enthusiast  berpendapat  ianya  harus  dipanjangkan  sehingga  ke selatan  iaitu  Kukup,Johor  atau  Lebuhraya  Linkedua,  atau  sekurang-kurangnya  ke  Melaka  dan  disambungkan  dengan  Lebuh  AMJ. Lebuhraya  ini  juga  mempunyai  kontroversi  dengan  cuba  menaiktaraf  jalan  utama  menjadi  lebuhraya  di  bahagian  Lekir-Teluk Intan dan Sabak Bernam-Tanjung Karang. Adalah dibimbangi sekiranya  penduduk  sekitar  yang  sudah  terbiasa  melintas dan menggunakan jalan  raya  ini  akan  terdedah  kepada  bahaya  lalulintas. Dijangka  lebuhraya  ini  akan  bersambung  dengan  LATAR, NKVE,Lebuhraya Persekutuan, KESAS dan SKVE.

Bagi lebuhraya  berhampiran  Lembah  Klang,  terdapat  4  kesemuanya  iaitu  Lebuhraya SKIP (Serdang-Kinrara-Putrajaya),Lebuhraya SUKE (Sg.Besi-Ulu Kelang), Lebuhraya EKVE (Ukay Perdana-Sg.Long)  dan Lebuhraya  DASH (Damansara-Shah Alam).

Bagi  Negeri  Sembilan,  terdapatnya  cadangan  seawal  2013  untuk  membina  Lebuhraya  Paroi-Senawang-KLIA. Jika  ianya  dibina, Jalan Senawang mungkin akan dinaik taraf  menjadi  lebuhraya  atau  jejambat  akan  dibina  di  atasnya  memandangkan  kawasan  ini  mempunyai  komposisi  yang  agak  padat, sebelum  melalui  kawasan  Mambau  sebelum  terus  ke  KLIA. Memandangkan  Lebuhraya  LEKAS  terhenti di Paroi, bolehlah  dianggap  laluan  ini  akan  menjadi  sambungan  terus  daripada  lebuhraya  ini.

Agak  sukar  untuk  menentukan  adakah  cadangan  lebuh  raya  di  Melaka  adalah  betul  ataupun  sekadar  jalan  raya  berkembar  yang  di”sugarcoat” menjadi  lebuh  raya.  Kali  terakhir,  “lebuhraya”  dibina  di  sini  adalah  Lebuh AMJ  dan  Lebuh  SPA  which  are  jalan  berkembar..Ini  juga  dipengaruhi  dengan  minda  masyarakat  bahawa  “highway”  adalah  lebuhraya, sedangkan  mengikut  istilah  “highway”  adalah  jalan  raya  berkembar  dan  “expressway”  barulah  lebuh  raya  standard  PLUS. Terdapatnya  cadangan  untuk  membina  Lebuhraya  Pesisir  Kuala  Linggi  yang  menghubungkan  Kuala  Linggi-Telok  Mas (sadly  hanya  ditanda  di  atas  hingga  Kuala  Linggi)  (if you suck at Geography because you just turun from tongkang, lets just say its from most western coastal Malaccan  town  to eastern  Malacca.) Dikatakan  lebuhraya  ini akan disambungkan  dengan  Lebuhraya  Pantai  Barat  yang  terhenti  di  Banting. Lebuhraya  Limbongan-Klebang yang  turut  dicadangkan  sekitar  2018  bolehlah  dianggap  sebagai  salah  satu  partition  lebuh  raya  ini. 

Terdapat  juga  cadangan  untuk  membina  lebuh  raya bertol dikenali  sebagai  Melaka  Internal  Ring Road  pada  2014  dari  tol  Ayer  Keroh-Bukit  Katil-Melaka  Raya-Klebang-Bukit  Rambai-Krubong. Boleh  difahami  di  sini, konsepnya  sama  seperti  Butterworth  Outer  Ring  Road yang  bermula di persimpangan  PLUS  Prai, melalui Butterworth dan  berakhir  di  persimpangan  PLUS Sg.Dua. Sama  juga  di  sini, lebuhraya  ini  bermula  dari  persimpangan Ayer Keroh, melalui Melaka  dan  berakhir  di  persimpangan  Alor  Gajah.

Kalau  Perlis  had  its  own  megaprojects  gila2 mahadewi  punya  mega,  Melaka  juga  ada  dengan  projek  Jambatan  Melaka-Dumai  yang  akan  menyambungkan  Malaysia  dengan  Indonesia. People  react? Dah tentulah  ramai  yang  tak  setuju.  Bayangkan  kita  yang  baru  30  juta  ni  pun  dah  sesak  gilababeng  Tambak Johor  tu. So, kepada bakul sampah jualah kau kembali. Gitu.

Negeri  Johor  juga  tidak  kalah  dengan  cadangan-cadangan  lebuhrayanya. Namun, kebanyakan  idea  lebuhraya  ini  agak  pudar  dan  tidak  nampak  hala  tuju  kerana  jarang-jarang  disentuh,  samada  oleh  ahli  politik  mahupun  expressway  enthusiast. 

Antaranya  adalah  Lebuhraya  LPT4. Kebanyakan  persimpangannya  masih  belum  dibincangkan.  Selain  daripada  LPT3 masih belum dibina di Kelantan atas alasan politik, LPT4 dibina di  kawasan  yang berpenduduk jarang iaitu di Timur-Tenggara Pahang  dan  Timur  Johor.  Di  Pahang, hanya  terdapat  sedikit  bandar  iaitu  Pekan, Kuala  Rompin,Tanjung Gemok dan Muadzam Shah.Diikuti pula  Endau, Mersing,Jemaluang dan Kota Tinggi di Johor. 

Selain  itu,  untuk  Lebuhraya  Muar-Segamat yang dirancang Datuk Samy Vellu  pada  1997  terpaksa  dituruntaraf  menjadi  jalan  berkembar  memandangkan  berlakunya  Krisis  Ekonomi  Asia  1998  seperti  Lebuhraya  Ipoh-Lumut  dan  hanya  dapat  disiapkan sebagai  jalan  berkembar  pada  2011.

Bagi  sebuah  lagi  lebuhraya  yang  boleh  dikatakan  agak  lama  iaitu dicadangkan  pada  1996,tidak  lain  adalah  Lebuhraya  Seludang  yang  dijangka  menghubungkan  Segamat-Kluang  ke  Pasir  Gudang. Tidak  seperti  Lebuhraya  Muar-Segamat  yang  masih  dibina  dalam  bentuk  jalan  berkembar  walaupun  berlakunya  Krisis  Ekonomi  1998, Lebuhraya  Seludang  senyap  begitu  sahaja  tanpa  khabar  berita.

Selain  daripada  Lebuhraya  Pantai  Timur  Fasa 4  yang  sudahpun  dibincang  di  atas, lebuh  raya  lain  yang  dibina  merentasi  bumi  Pahang  adalah  Lebuhraya  Central  Spine  Road  dan  Lebuh Raya  Tun  Razak a.k.a Lebuhraya  Gambang-Segamat. 

Lebuhraya  CSR  sudahpun  siap  untuk beberapa  fasa.  Buat  masa  ini,  laluan  dari  Padang  Tengku  ke  Merapoh  sudahpun  dibuka  kepada  awam. Lebuh raya ini dijangka  akan  menghubungkan  Kota  Bharu  ke  persimpangan Bentong seterusnya ke Simpang Pelangai. Walau  bagaimanapun, aku berharap supaya destinasi akhir  dapat  dipanjangkan.  Macam  agak  nowhere  kalau  berhenti  kat  Simpang  Pelangai. Harap-harap  dapat dipanjangkan  hingga  ke  Bahau  dan  Kuala  Pilah, lebih  baik  terus  ke  Tampin dan bersambung ke PLUS.

Bagi  sebuah  lagi  lebuhraya  iaitu  Lebuhraya  Tun Razak,  ianya  dibina  dalam  bentuk  jalan  dua  hala  dan  mempunyai  satu  persimpangan  bertingkat  di  Muadzam  Shah, sama  seperti  Lebuhraya  Ipoh-Lumut.  Tak  dapat  dipastikan  samada  lebuhraya  ini  akan  dinaiktaraf  suatu  hari  nanti  memandangkan  cuma  Muadzam  Shah  sahaja  bandar  yang  terletak  di  pertengahan  lebuh raya  ini.

Bagi  Kelantan  dan  Terengganu, terdapatnya  3  lebuhraya  yang  dirancang  akan  dibina  di  sini  iaitu  LPT3, Lebuhraya  CSR  dan  Sambungan Lebuhraya  Timur-Barat  Kedua.

Bagi  LPT3,  kerajaan  terkini  bersetuju  untuk  meneruskan  projek  ini.  Dijangka  dengan  pembukaan  LPT3, kadar  kenderaan  akan  menaik  terutama  bagi  Lebuhraya  Pantai  Timur 2  yang  melarat  kerana  tidak  digemari  oleh  pemandu-pemandu  Terengganu  kerana  agak  jauh  daripada  bandar-bandar  utama  Terengganu  di  pesisir  pantai, selain  kekurangan fasiliti di Rehat&Rawat, seperti  stesen  minyak. Dengan kawasan  peluang  pekerjaan  dan  tumpuan  hiburan  di  Terengganu, Pahang, Johor dan  Kuala  Lumpur, dijangka  fasiliti  akan  ditambah baik, malah R&R Perasing  tidak  akan  lagi  terasing. Tambahan  pula, LPT2  lebih  hampir  ke Kelantan  berbanding  untuk  penduduk  Terengganu  ke  bandar-bandar  utama  Terengganu.

Bagi  CSR  pula,  dijangka  ianya  akan  mengubah  sosioekonomi di Kelantan,  memandangkan  tiada lagi  berlaku  kesesakan  pada  musim  perayaan, serta  memendekkan  masa  perjalanan  antarabandar.  Lebuhraya  Kota Bharu-Kuala  Krai  dikatakan  adalah  sebahagian  daripada  lebuhraya  ini.  Bagi  bahagian  Kelantan, bahagian  Kota  Bharu (Pasir Hor-Kadok) ianya  telah pun dibuka  kepada  awam. Seperti  mana  lebuhraya  lain,  lebuhraya  ini  turut  mempunyai  kontroversinya  juga  namun  bukan  dari  strukturnya  namun  dari  “bakal  penggunanya”. Terdapat  kononnya  telahan  bahawa  lambat  laun  lebuhraya  ini  akan  ditolkan  juga. Terdapat  juga  suara-suara  sumbang  yang  mahu  meniaga  di  tepi  jalan  lebuhraya  ini  dan  kurang  berpuas hati  tepian  lebuhraya  ini  berbentuk  tambakan  tinggi  dan  tiada  kawasan  rata  untuk  meniaga  (watdefish, thats highway, not bazar che minah..). Pembinaan  konsisten  CSR  masa  kini  dijangka  akan  memberikan  cabaran  kepada  LPT3  memandangkan  CSR  lebih  ekonomik  kepada  penduduk  Kelantan  yang  ingin  ke  Kuala  Lumpur  berbanding LPT3  yang  agak  jauh.  Malah,  CSR  juga  menawarkan  perkhidmatan  lebuhraya  bebas  tol  berbanding  LPT3  yang  bermakna  penduduk  Kelantan  hanya  perlu  membayar  tol  daripada  Plaza  Tol  Bentong  berbanding  daripada  Plaza  Tol  Kota  Bharu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here