Bas terbalik di Peru-20 maut

Sekurang-kurangnya 20 terkorban dan 14 yang lain cedera apabila sebuah bas antara wilayah tergelincir dan terbalik di wilayah Sihuas, Peru.

Menurut pihak berkuasa perbandaran daerah Parobamba di akaun Facebooknya, kemalangan itu menyebabkan 18 meninggal dunia di tempat kejadian, dengan dua lagi mati ketika dipindahkan.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan pada Isnin di Palo Seco, ketika bas milik syarikat pengangkutan Fama Tours SA tergelincir dan terbalik.

Bas malang itu dilapor pulang dari kawasan Huanchayllo dan Parobamba menuju ke Chimbote dan Lima, selepas penumpang selesai mengundi dalam pilihan raya pada Ahad.

Pihak berkuasa pengangkutan Peru memaklumkan ia telah mengaktifkan semua protokol intervensi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan kemalangan bagi menentukan langkah-langkah sesuai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here