Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,736 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,882,060. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 62 hari, iaitu sejak 2 Disember lalu.
Setakat semalam, jumlah kemasukan di hospital adalah pada kadar 60.2 peratus manakala penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 49.9 peratus. Sementara itu, kadar kebolehjangkitan naik sedikit iaitu pada nilai 1.15.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (1 Feb), di mana 5,566 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (1,258), Johor (868), Kedah (581), Sabah (490), Kelantan (456), Kuala Lumpur (430), Pulau Pinang (426), Melaka (250), Negeri Sembilan (216), Pahang (204), Perak (160), Terengganu (102), Putrajaya (61), Perlis (44), Sarawak (17), aLabuan (3).




















