#KerajaanGagal kini paling tular di kalangan pengguna media sosial

Tanda pagar #KerajaanGagal menjadi tular sejak kebelakangan ini apabila pelbagai kegagalan ditunjukkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kerajaan melalui Langkah Sheraton awal tahun lalu.

Tanda pagar ini digunakan oleh pelbagai pihak terutama ketika mereka berkicau dalam media sosial Twitter.

Menurut laporan, sehingga kini hampir 150,000 pengguna akaun Twitter telah menggunakan #KerajaanGagal sekarang.

 “Dengar hashtag ini paling hangat sekarang #KerajaanGagal,” tulis Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui Twitter beliau.

Namun, seluruh jentera penerangan kerajaan PN, Bersatu dan Pas telah dikerah untuk menyerang bekas Menteri Kewangan itu dengan pelbagai dakwaan dan serangan.

Selain Guan Eng, turut menggunakan #KerajaanGagal adalah Syed Sadiq Abdul Rahman, ahli Parlimen Muar yang juga pengasas parti Muda.

Pengguna Twitter Zoey@itszoeymkay berkata, ada enam sebab yang boleh beliau senaraikan kenapa dinamakan Kerajaan Perikatan Nasional sebagai Kerajaan Gagal.

Ia adalah teruk mengendalikan Covid-19, proses vaksinasi yang sangat perlahan, darurat, tak cukup duit tetapi gagal untuk potong gaji sendiri, doktor air suam dan boleh dikatakan semua menterinya adalah pelawak (clowns).

KNB@nizambakeri menulis, “Menurut anggaran Bloomberg, dengan kadar vaksinasi 26,523 dos sehari, Malaysia hanya akan dapat melengkapkan vaksinasi kepada 75 peratus populasi selepas 4.5 tahun. #KerajaanGagal.”

Perlantikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baru dari kalangan mereka yang hilang wang pertaruhan ketika pilihan raya juga menjadi sasaran sehingga PN dilebelkan sebagai Kerajaan Gagal.

“Steady Timbalan Menteri kita yang baru! Bak kata orang puteh ‘the more teh merrier, afterall its taxpayers monies, innit?” tulis Syahredzan Johan melalui Twitternya yang menyindir ramainya menteri kerajaan PN ini.

“Inilah muka-muka yang menghabiskan duit rakyat dan tidak berguna langsung!” tulis Zack Rockstar menerusi Twitter beliau sambil memaparkan menteri-menteri Kabinet yang sangat ramai itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here