150,597 Pencari Kerja Berjaya Dapat Pekerjaan

Sebanyak 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan kerajaan setakat 23 April lepas, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu melebihi jumlah unjuran kumulatif setakat bulan April 2021 dengan sasaran kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan bagi tahun ini.

“Usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan baharu dan 76 peratus daripadanya adalah dalam kategori mahir dan separuh mahir.

“Ini adalah sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baharu hasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021,” katanya dalam hantaran Facebooknya semalam.

Dalam hantaran itu Muhyiddin memaklumkan beliau semalam mempengerusikan mesyuarat ketiga Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan secara persidangan video.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here