Cedera dipukul senior kerana berebut pelajar perempuan

Melaka, Seorang pelajar lelaki cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan pelajar senior dalam kejadian di sebuah asrama sekolah di negeri ini, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata kejadian itu didakwa berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika mangsa pelajar Tingkat Empat dipanggil untuk berjumpa dengan pelajar Tingkatan Lima di sebuah bilik asrama.

Beliau berkata, di dalam bilik itu dikatakan terdapat kira-kira 10 pelajar senior mengelilingi mangsa dan mereka bertanyakan mengenai hal berkaitan rokok elektronik, sebelum mangsa didakwa dipukul beramai-ramai selepas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Siasatan awal mendapati, punca kejadian berkenaan dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati kerana meminati pelajar perempuan yang sama.

Laporan polis dibuat kira-kira jam 5.15 petang semalam oleh abang mangsa berusia 27 tahun selepas mengetahui kejadian menimpa adiknya itu, katanya. Katanya, semua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah diambil keterangan oleh polis. Bagaimanapun, sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here