‘Minta KPT periksa PhD dikeluarkan USM’ – Rayer

Kuala Lumpur, Nov 28.
Ahli Parlimen Jelutong menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi  memeriksa kelulusan doktor falsafah (PhD) yang dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Gesaan itu dibuat RSN Rayer (PH-Jelutong) berikutan kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang mengaitkan pemimpin DAP dengan Chin Peng dan Lee Kuan Yew.

Kita tahu dewasa ini seorang yang berkelulusan PhD, yang begitu buta sejarah mengeluarkan kenyataan mengaitkan pemimpin DAP dengan komunisme.

Tolonglah periksa dan pantau USM serta semua universiti untuk memastikan hanya mereka yang berkelayakan memperoleh PhD. Kalau tak tahu sejarah negara kita pun, macam mana boleh beri PhD,” katanya. Beliau berkata demikian ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi KPT di Dewan Rakyat hari ini.

Melalui rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat tular baru-baru ini, Siti Mastura pada suatu majlis di Kemaman, Terengganu mendakwa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.Selain itu, Siti Mastura dalam rakaman itu juga mendakwa bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew adalah sepupu Kit Siang, selain mengaitkan isteri Guan Eng dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Beliau juga mendakwa, Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham dan Teresa mempunyai hubungan kekeluargaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here