Kehadiran Pesawat Risik Milik Israel Membimbangkan Rakyat

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara memohon penjelasan daripada Kerajaan berhubung sebuah pesawat Boeing milik Israel yang dikesan merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di pangkalan tentera udara negara jiran.

Persoalannya sekarang ialah adakah pesawat mengikut laporan Jurnal Defense Security Asia, jenis Boeing 737-400 bernombor 4X-A00 milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) iaitu sebuah syarikat kontraktor berpangkalan di Tel Aviv diberikan kebenaran terbang di ruang udara negara ?

Rakyat perlukan penjelasan yang segera apatah lagi pesawat ini dikatakan digunapakai sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik termasuk ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial. May 2021

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara memandang serius dalam soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini, terutama ancaman Israel yang menyasarkan Malaysia, sebagai negara yang lantang memperjuangkan rakyat Palestin dan menentang kezaliman zionisme tentera Israel.

Apakah sudah ada cubaan provokasi termasuk keperluan mengancam negara kecil yang bertegas seperti Malaysia termasuk suara lantang oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan kezaliman dan penindasan rakyat Palestin yang tidak berperikemanusiaan ?

Kenyataan ini dikeluarkan oleh;
YB SENATOR DATUK RAZALI BIN IDRIS
Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara
Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia
Ahli Parlimen Dewan Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here