144 rakyat Malaysia terkandas di Selatan Thailand dibenarkan pulang hari ini

SONGKHLA :Seramai 144 warga Malaysia yang terkandas di selatan Thailand dibawa pulang ke tanah air hari ini, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid.

Beliau berkata dengan kerjasama Gabenor di Wilayah Songkhla dan Narathiwat, kesemua rakyat Malaysia telah diberi kebenaran untuk keluar dari Thailand.

Beliau berkata antara mereka yang terkandas termasuk pelajar di sekolah pondok, pelancong dan juga mereka yang sedang melawat ahli keluarga di selatan Thailand.

“Seramai 144 rakyat Malaysia  telah keluar mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Muhammad Ridzuan turut melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan yang membantu membawa keluar rakyat Malaysia.

Bermula 23 Mac, kerajaan Thailand telah menutup semua sembilan pintu sempadan dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Semua sembilan pintu sempadan melalui darat atau air Thailand-Malaysia telah ditutup, dan penutupan sempadan ini turut dilaksanakan di semua pintu sempadan Thailand, dengan negara jiran lain seperti Laos, Kemboja dan Myanmar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here