Tajuddin dilapor ditahan SPRM

Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam siasatan kes salah guna kuasa, menurut laporan Sinar Harian.

Berita penahanan Ahli Parlimen Pasir Salak itu beberapa hari selepas beliau dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, berkuat kuasa serta-merta.

Media sedang mengesahkan penahanan pemimpin Umno itu dengan pihak berkuasa.

Dalam surat kepada Pengarah Pilihan Raya Umno itu bertarikh 26 Mei, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya.

Tajuddin dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.

 

courtesy: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here