Malaysia meluluskan penggunaan kecemasan Sinopharm, Johnson & Johnson secara darurat

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang bersidang pada hari ini meluluskan penggunaan secara kecemasan produk vaksin Covid-19 Sinopharm dan Johnson & Johnson.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ini bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

“Kelulusan tersebut diberikan selepas Mesyuarat PBKD Kali Ke-361 Berkenaan Pendaftaran Vaksin Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here