Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu

Putrajaya, Feb 20.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelantikan Azman Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Azman dilantik sebagai KPPM ke-20, bagi menggantikan Datuk Pkharuddin Ghazali, yang bersara wajib pada awal November lalu.

KPM dalam kenyataannya, berkata Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan, Universiti Malaya (UM).

Berpengalaman lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan, Azman memulakan kerjaya sebagai guru sebelum dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelia Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Pengarah Pendidikan Negeri serta Pengetua sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here