Covid-19: Kes baru sekali lagi melebihi 13,000

Jumlah kes baru Covid-19 sekali lagi melepasi angka 13,000. Sebanyak 13,034 kes dicatatkan hari ini, kurang 181 di belakang rekod tertinggi 13,215 kes pada 15 Julai. Selangor dan Kuala Lumpur terus menjadi wilayah paling banyak kes.

Di Selangor, jumlah kes baru sebanyak 6,049 – kali pertama melepasi angka 6,000. Kuala Lumpur mencatkan 1,611 – ketiga tertinggi di negeri itu. Angka kes harian turut bertambah di Johor, Negeri Sembilan dan Kedah apabila melebihi 700 kes.

Selangor (6,049)
Kuala Lumpur (1,611)
Johor (791)
Negeri Sembilan (711)
Kedah (701)
Sarawak (644)
Sabah (497)
Terengganu (391)
Pulau Pinang (371)
Melaka (353)
Perak (284)
Pahang (261)
Kelantan (240)
Putrajaya (100)
Labuan (24)
Perlis (6)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here