WARGA EMAS DIREMAN 7 HARI, SEKS ‘LUAR TABII’ DENGAN KAMBING

Hulu Selangor, Jul 29-

Seorang warga emas diperintahkan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini selepas dipercayai melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina hingga haiwan terbabit mati, di Hulu Selangor, kelmarin.

Pada Selasa yang lalu, pada jam pukul 1.30 tengah hari pengadu menyedari bunyi kambing mengembek dari kambing peliharaan di kandang belakang rumah . Pengadu didapati lelaki berkenaan bangun dari sebelah kambing dalam keadaan separuh bogel dan sedang memakai seluar sebelum melarikan diri.

Pengadu didapati kambing peliharaannya seekor kambing betina berusia dua tahun telah mati melakukan persetubuhan keatas haiwan. 

Pegawai Penyiasat Inspektor Azman Bin Abdul Karim, bersama pasukan Forensik telah menjalankan siasatan ditempat kejadian.

Kambing telah dihantar ke Jabatan Verterinar Haiwan Kuala Kubu Bharu untuk tindakan bedah siasat.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu terhadap lelaki berusia 60 tahun itu.

Beliau membenarkan suspek direman tujuh hari hingga 4 Ogos bagi membantu kes disiasat mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek dibawa ke mahkamah pada jam 9.20 pagi selepas diiringi trak dua anggota polis dari Balai Balai Bukit Polis Sentosa.

Menurut laporan,  Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Arsad Kamaruddin yang dihubungi memaklumkan bahawa kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum ia dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here