COVID-19: KES BAHARU 16840 HARI INI

Petaling Jaya,  Jul 30-

Kementerian Kesihatan melaporkan 16,840 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,095,486 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,092 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 2,114 kes, Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079), Sabah (1,066), Perak (810), Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Sarawak (450), Terengganu (258), Putrajaya (100), Perlis (13) dan Labuan (tujuh).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here