Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 17,150 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,130,422 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,326 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Penang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (5).