Hadir majlis makan malam geng kongsi gelap – Loke nafi

Kuala Lumpur, Mac.
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menafikan beliau menghadiri majlis makan malam anjuran kumpulan kongsi gelap seperti yang didakwa satu post oleh Edisi Siasat di Telegram.

Menteri pengangkutan itu berkata, majlis itu dianjurkan Kelab Sosial Selangor dan Kuala Lumpur, yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.“Adalah perkara biasa bagi wakil rakyat menghadiri majlis makan malam mengumpul dana persatuan Cina,” katanya menurut Malaysiakini.

Terdahulu hari ini, Edisi Siasat memuat naik satu video yang memaparkan Loke, Ketua DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menghadiri majlis makan malam di sebuah dewan yang besar.

Klip video 44 saat itu turut menunjukkan logo dipercayai kumpulan kongsi gelap di majlis makan malam tersebut yang diadakan pada 3 Mac lalu.

Lim memberitahu Malaysiakini majlis makan malam itu diadakan di sebuah dewan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here