Tuduhan bahawa pegawai PPV mengumpulkan RM80 setiap orang untuk vaksin itu tidak benar, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan terdapat petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) memungut wang rasuah sebanyak RM80 bagi setiap individu warga asing yang mahu mendapatkan vaksin.

Susulan itu, SPRM menjalankan siasatan membabitkan penjaga pintu di PPV Shah Alam Convention Centre (SACC) yang didakwa menerima wang rasuah berkenaan. Bagaimanapun, kejadian yang berlaku sebenarnya adalah di PPV Industri (PPVIN) di Pusat Konvesyen Midlands, Seksyen 7 dan bukannya di PPV SACC seperti mana didakwa dalam video itu.

“Hasil risikan mendapati, PPV Midlands dijadikan PPVIN dimana PPVIN adalah sebahagian daripada inisiatif Program lmunisasi lndustri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS),” kata SPRM dalam kenyataan. Kenyataan itu turut menyebut terdapat masalah pada sistem di mana janji temu untuk individu juga terselit di PPV Midlands itu.

Dikatakan punca kesesakan adalah daripada tindakan pekerja asing hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin. Tohmahan yang mengatakan bayaran rasuah RM 80 perlu dibayar kepada penjaga pintu untuk masuk masuk ke PPVIN itu adalah tidak benar, katanya. Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan segerombolan individu bukan warganegara beratur panjang dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sehingga menyebabkan kesesakan di PPV terbabit.

Polis semalam memaklumkan  PPVIN Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, akan ditutup sehari, hari ini bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib berkata turut mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here