SERAMAI 31 AHLI PARLIMEN MENYOKONG KERAJAAAN PN- ISMAIL SABRI YAAKOB

Petaling Jaya, Aug 6-

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan terus kekal menyokong kerajaan sejajar dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Perikatan Nasional (PN) meneruskan pentadbiran negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Dalam sidang media yang disertai oleh 17 Ahli Parlimen yang lain, naib presiden Umno itu mendakwa bahawa Ahli Parlimen BN mematuhi perkenan Yang di-Pertuan Agong agar mereka terus menyokong pentadbiran PN.

Mereka yang hadir termasuk presiden MCA dan MIC, Wee Ka Siong dan M Saravanan, Menteri Perpaduan Nasional Halimah Sadique, bekas pengarah pemilihan Umno Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here