Doktor pakar ​luka bakar teruk dalam letupan gas meninggal dunia

GEORGE TOWN: Seorang doktor pakar yang melecur 95% di seluruh badan selepas silinder gas di kediamannya meletup kira-kira tiga minggu lalu telah meninggal dunia. Pakar perunding gastroenterologi and hepatologi di Hospital Island, Dr Seow Eng Lok, 53, meninggal dunia pada Jumaat lalu, kata jurucakap hospital.

Menurut isterinya, dalam kejadian 20 Julai lalu di kediamannya di Solok Jesselton, Seow yang terbau gas pergi memeriksa sama ada kepala gas di dapur ditutup rapat sebelum letupan berlaku. Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong berkata, pemeriksaan pegawai forensik bomba mendapati berlaku kebocoran pada hos yang bersambung ke silinder gas.

Letupan itu mengakibatkan 40% kediaman doktor terbabit rosak. Polis menolak kemungkinan sebarang perlakuan jenayah. Susulan kejadian berkenaan, Seow dibawa ke Hospital Island di mana beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Sepanjang perkhidmatannya selama 16 tahun di Hospital Island, Seow telah merawat lebih 80,000 pesakit, kata hospital berkenaan dalam kenyataan ringkas kepada online portal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here