Ibu dan anak tinggal dalam sampah, najis

Ipoh, Jan 18.
Dua beranak yang mendiami sebuah unit rumah pangsa usang dipenuhi sampah sarap termasuk takungan najis di Flet Taman Silibin di sini akan dibantu dengan dua bentuk bantuan bulanan berjumlah RM900 kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata kerajaan negeri turut mengarahkan JKM mengeluarkan Tabung Bantuan Segera (TBS) RM300.

Salbiah berkata, bantuan bulanan JKM yang dicadang untuk diterima keluarga itu adalah Bantuan Am Negeri (BA) RM400, dan Bantuan Warga Emas (BWE) RM500 melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta.

JKM dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Puteri Kebajikan juga akan mengenal pasti rumah sewa yang lebih sesuai untuk dua beranak masing-masing berumur 46 dan 77 tahun.

Berdasarkan cadangan bantuan bulanan JKM berjumlah RM900, selain RM500 lagi bantuan yang sedia diterima keluarga itu daripada baitulmal akan membolehkan penama dan ibunya (dua beranak terbabit) tinggal di tempat yang lebih selesa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here