Covid-19 kes 21,468 – kematian 277

Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 sebanyak 21,468 kes manakala 277 kematian direkodkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 241,187 kes aktif dengan 1,075 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 537 memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,449 kes. Ia diikuti Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316), Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here