KEKAL DENGAN PENDIRIAN UNTUK MENGUNDURKAN TENTERA AS DARI AFGHANISTAN-JOE BIDEN

Washington, Ogos 17-

Presiden Joe Biden menegaskan beliau kekal dengan pendiriannya untuk mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan dan menolak kritikan mengenai keputusan tersebut.

Biden berkata, misi Amerika Syarikat bukan membangunkan negara itu dan beliau menyalahkan Taliban kerana mengambil alih negara itu.

Biden turut menyalahkan pemimpin politik Afghanistan yang melarikan diri ke luar negara dan keenganan tentera Afghanistan untuk memerangi kumpulan Taliban.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here