Seorang pendakwah terkenal dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi untuk memberi keterangan berhubung siasatan melibatkan kes gangguan seksual. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassa mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan.
Satu kenyataan media akan dikeluarkan mengenai kehadiran pendakwah terbabit, menurut laporan Harian Metro. Terdahulu tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.