PELAKON POPULAR CHITRA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

Pelakon filem Tamil dan Malayalam yang terkenal Chitra telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Pelakon Chitra, 56, tinggal bersama suami dan anak perempuan di kediaman di Salikramam, Chennai.

Sementara itu, Chitra kembali ke pangkuan pencipta  akibat serangan jantung secara tiba-tiba pagi tadi. Chitra dibintangi bersama pelakon popular Malayalam Mohanlal dan Prem Nazir. Dia membuat penampilan pertama sebagai bintang kanak-kanak dalam Aboorva Raagangal hasil pengarah K. Balachander dalam filem Tamil. Dia dikenali sebagai ‘Nallennei Chitra’ melalui iklan minyak kastor ‘Nallennei’.

Chitra dilahirkan di Kochi turut berlakon dalam lebih 60 filem di Malayalam. Dia berhenti belajar sewaktu di kelas 10 ketika dia mula berlakon dalam filem Malayalam, Tamil dan Kannada.

Filem –filem Tamil yang pernah dilakon oleh Chitra adalah Raja Parvai, Chinnappoove Mella Pesu, Manathil Uruthi Vendu, Urkkavalan, En Thangachi Padichava, Cheran Pandian, Athisaya Manithan dan Chinnavar.

Chitra berhenti lakon dalam filem setelah  berkahwin pada tahun  1990-an dan  beberapa tahun kemudian membintangi watak dalam drama Tamil termasuk hasil ciptaan K. Balachander  ‘Kaiyalavu manasu’, ‘Aasaigal’, dan ‘Kanavanukkaga’. Industri filem Tamil meratapi kematian Chitra.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here