Dasar 1 peratus pekerja OKU jadi KPI semua kementerian

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan dasar satu peratus pekerja orang kurang upaya (OKU) dalam sektor awam akan dijadikan penunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian.

Perdana Menteri berkata, penetapan itu dibuat berikutan hanya empat kementerian setakat ini yang mencapai sasaran berkenaan.

Menyedari bahawa dasar satu peratus OKU dalam sektor awam belum lagi mencapai sasaran, sukacita saya menetapkan bahawa pelaksanaan dasar ini akan dijadikan sebagai penunjuk prestasi bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah mencapai sasaran dasar satu peratus pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here