LELAKI YANG MENYEBABKAN TIGA MAUT DIREMAN TUJUH HARI

Lumut, Ogos 24-

Pemandu Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan tiga maut di Sitiawan Sabtu lalu, direman tujuh hari bermula hari ini.

Majistret Nurul Izalina Rajaai membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 38 tahun itu sehingga 30 Ogos ini.

Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan polis menyiasat lanjut kes kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas saringan air kencingnya semalam mendapati dia positif dadah jenis methampetamine atau syabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten K

 

omisioner Nor Omar Sappi semalam berkata, suspek menyerah diri di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 2.50 petang.

Dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Sitiawan – Kampung 

Acheh kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah kereta Proton Preve dinaiki tiga orang dari Lekir menghala ke Kampung Acheh terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh enam motosikal ditunggang dan dibonceng pekerja kilang Sapura Energy dari arah Kampung Acheh menuju ke Sitiawan.

Tiga daripada mangsa yang menaiki motosikal maut di tempat kejadian, tiga orang lagi dirawat di HSM, seorang dirawat di Hospital Pantai Manjung manakala seorang lagi yang cedera dibenarkan keluar dari HSM.

Berikutan kemalangan itu, polis turut menahan penumpang kereta, lelaki berusia 24 tahun, di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis syabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here