Malaysia Di Tangga Ke-16 Negara Paling Aman Di Dunia

KUALA LUMPUR –

Malaysia kini berada di tangga ke-16 negara paling aman di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata laporan GPI itu turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara ketiga paling aman di Asia Tenggara selepas Jepun dan Singapura.

“Laporan GPI ini adalah penting dan perlu diketengahkan kerana ia akan menarik perhatian terutama pelabur dan pelancong asing untuk datang.

“Sekarang, kita berada di kedudukan yang baik berbanding tangga ke-26 pada 2018 dan ia (sesuatu) yang boleh dibanggakan. Kita berharap ia akan berterusan seperti ini pada masa akan datang,” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif mengenai Pencapaian Kementerian Pertahanan Sepanjang 2019 yang disiarkan secara langsung di TV1, Isnin malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here