PEMIMPIN PH ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PM

Petaling  Jaya: Satu pertemuan antara pemimpin parti Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berlangsung pada jam 2 petang ini, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pertemuan itu atas jemputan oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Jam 2 petang ini akan berlangsung pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Mohamad Sabu (Presiden Amanah), dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri, atas jemputan Pejabat Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here