Rekod tertinggi 24,599 kes Covid -393 kematian

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi jangkitan harian Covid-19, iaitu 24,599 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 1,640,843 kes setakat ini.

Rekod terdahulu ialah 23,564 kes yang dicatatkan pada 20 Ogos dan 360 kematian pada 8 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 22,657 pesakit yang sembuh ialah rekod tertinggi, menjadikan keseluruhan 1,359,791 daripada 1,640,843 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala angka korban meningkat kepada 15,211 kematian.

Katanya, terdapat 265,841 kes aktif, dengan 487 daripada 990 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,936 kes. Ia diikuti Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078), Sarawak (2,024), Kedah (1,538), Kelantan (1,312), Perak (1,170), Kuala Lumpur (881), Pahang (690), Terengganu (567), Negeri Sembilan (526), Melaka (515), Perlis (67), Putrajaya (20) dan Labuan (3).

Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan di Sabah, Pulau Pinang dan Johor hari ini adalah rekod tertinggi.Rekod terdahulu bagi Sabah dan Pulau Pinang ialah 3,376 dan 2,054 kes pada 24 Ogos lalu, serta 1,832 kes di Johor semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here