Ahli politik veteran di Sabah yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Lajim Ukin, 66, meninggal dunia kira-kira jam 6.23 pagi ini akibat jangkitan Covid-19.
Pegawai Khas kepada Lajim, Ismail Norazman berkata Lajim menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu dan jenazah akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort untuk dikebumikan.
Khabar sedih dan dukacita. Lajim Haji Ukin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi ini di hospital pakar KPJ. Jenazah beliau akan dibawa ke kampung halaman beliau di Kg Kebatu, Beaufort untuk disemadikan.
Terima kasih untuk segala doa kalian, semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan hambaNya yang soleh di sisiNya kelak, diampunkan segala dosa dan diterima segala amal kebaikannya di dunia, al-Fatihah katanya di Facebook.

























