Pekerja kilang diserang, digodam teruk semasa membeli laksa

Enam individu bersenjata tajam mengambil giliran menetak seorang pekerja kilang lelaki hingga parah dalam kejadian di Taman Merak, Simpang Ampat, Seberang Perai, semalam. Dalam kejadian pada jam 7 malam itu, mangsa berusia 25 tahun diserang ketika sedang membeli laksa dipercayai ditetak sekumpulan individu berkenaan yang memakai topeng muka.

Saksi mendakwa mangsa ditetak di tepi jalan semasa berlari dan terjatuh ke atas tanah sebelum diserang lagi oleh suspek, katanya memetik laporan Kosmo. Beliau berkata, sejurus suspek beredar, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal, Seberang Perai, dan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kehilangan banyak darah.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tetakan pada kedua-dua belah tapak tangan, kesan toreh pada kedua-dua belah paha dan tetakan pada belakang kepala mangsa. Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya bagi rawatan lanjut, katanya.

Beliau berkata, polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu, manakala tiada liputan televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Sementara itu, kejadian berkenaan tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi rakaman video memaparkan keadaan mangsa yang terbaring dan berlumuran darah selepas ditetak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here