COVID-19: KES HARIAN 20, 988 MELONJAK KEMBALI

Petaling Jaya, Sept 2-

Kementerian Kesihatan melaporkan 20,988 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,786,004 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 4,073 kes.

Ia diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600), Kelantan (1,247), Perak (990), Terengganu (987), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (5).

Sarawak, Kedah dan Terengganu masing-masing mencatatkan rekod tertinggi jumlah kes harian Covid-19 hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here