Harga kit ujian diri Covid-19 dikawal mulai 5 September

 Harga maksimum kit ujian pantas antigen Covid-19 bagi tujuan ujian sendiri akan dikawal mengikut akta berkaitan bermula 5 Sept, untuk memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan bagi pengguna dan peniaga. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata kawalan akan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan Akta Kawalan Bekalan.

Penentuan harga maksimum ini berdasarkan kepada maklumat hasil pemantauan harga di semua premis dan farmasi di seluruh negara; maklum balas agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), KKM, dan kastam; dan perbincangan dengan pengilang, pengimport, peruncit dan persatuan farmasi.

Kementerian “telah mengadakan libat urus dengan semua pemain industri tempatan dan pengimport dalam menentukan harga kawalan yang berpatutan bagi semua pihak, katanya. Individu yang didapati menjual melebihi harga maksimum berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, atau dikompaun sehingga RM50,000.

Syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000. Kementerian menyediakan saluran bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga, menerusi portal [email protected]; pusat panggilan 1800 886 800; emel [email protected]; aplikasi Ez ADU; pusat penguatkuaan 03-8882 6245 / 6088; dan WhatsApp 019-279 4317.

Kementerian turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha untuk menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan,tambahnya. Sementara itu, kementerian menjangkakan “kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here