Timbalan Menteri Komunikasi Sampaikan Ucapan Deepavali di Pejabat Makkal Osai

KUALA LUMPUR,  Oktober 28–

Bersempena dengan sambutan Deepavali, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, Teo Nie Ching, telah mengunjungi ibu pejabat akhbar Makkal Osai semalam.

Ketibaan  beliau  disambut  mesra  oleh     Pengarah Urusan   Makkal Osai, Dato’      S. Gopalakrishnan . Beliau bertemu dengan pihak pengurusan, editor berita dan kakitangan serta menjamu mereka dengan makanan sambil menyampaikan ucapan selamat Deepavali kepada semua.

Dalam pertemuan itu, Dato’ Gopalakrishnan telah menyampaikan  menyarungkan kain selendang kehormat kepadanya.Teo Nie Ching kemudiannya menyampaikan ucapan selamat Deepavali kepada para pembaca Makkal Osai. Beliau turut memuji komitmen akhbar tersebut dalam menyampaikan berita yang boleh dipercayai kepada masyarakat dengan pantas melalui semua platform, termasuk akhbar harian, laman web dan media sosial.

Beliau  menegaskan bahawa dedikasi para pengamal media yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab sepanjang 365 hari setahun tanpa bercuti wajar dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih yang tulus atas usaha gigih mereka dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here