PENARIKAN PINGAT EMAS MUHAMMAD ZIYAD ZOLKEFLI ATLET LONTAR PELURU (F20) SUKAN PARALIMPIK TOKYO

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)memandang serius insiden yang berlaku dan merasa amat kesal dan kecewa dengan tata cara Jawatankuasa Penganjur khususnya pihak WPA dan IPC dalam mempertimbangkan situasi dan keadaan sebenar serta hasrat dan semangat temasya Paralimpik ini dianjurkan.

Kita berasa kecewa bahawa dalam kita begitu setia berdiri di belakang IPC menyokong temasya ini dilangsungkan dalam keadaan mengancam nyawa atlet-atlet kita tetapi sedikit kelewatan berlaku tidak dapat diberi pertimbangan sewajarnya. Apatah lagi atlet-atlet tersebut telah bersedia menunggu selama 5 tahun tetapi harapan dan semangat paralimpik mereka dimusnahkan kerana kelewatan tidak sampai pun 5minit sahaja.

Bukan kepada seorang sahaja atlet tetap imelibatkan 3 atlet dari 3 negara dan ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada deligasi Equador dan Australia yang telah bersama-sama Malaysia mengemukakan rayuan walaupun sebarang keputusan rayuan tersebut tidak memberi kesan perolehan pingat kepada atlet mereka sendiri, tetapi atas dasar semangat kesukanan paralimpik yang tinggi, kedua-dua negara tersebut berdiri teguh menyokong rayuan kontinjen Malaysia.

Saya telah meminta Ketua Pengarah MSN untuk mendapatkan laporan awal insiden yang berlaku dan saya juga telah meminta MSN bersama- sama MPM menggerakkan Jawatankuasa Siasatan bagi melihat insiden ini.

Secara menyeluruh dan menyediakan pelan tindakan lanjut yang perlu dilakukan mengenai bantahan dan rayuan rasmi yang telah dilakukan dan juga kaedah pada masa depan bagaimana hendak menangani supaya insiden yang sama tidak akan berlaku kepada atlet negara nanti.

Saya juga ingin menggesa untuk semua pihak tidak menuding jari mencari kesalahan sesiapa dalam hal ini tetapi yang paling penting agar semua pihak termasuk IPC dan WPA melihat semula peraturan – peraturan termasuk peraturan yang memerlukan kebijaksanaan dalam menguruskannya.

Saya sendiri akan menyambut kepulangan Muhammad Ziyad Zolkefli pada 3 September 2021 (Jumaat) dan akan tetap disambut sebagai seorang wira kebanggaan negara. Saya juga ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada Muhammad Ziyad Zolkefli dalam mengharungi dugaan inidan pada masa yang sama terus menyatakan sokongan kepada atlet–atlet negara yang masih bertanding di Tokyo untuk terus komited menunjukkan prestasi terbaik mereka dalam  memburu pingat untuk negara dan seterusnya mengharumkan nama negara kita Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here