Shah Alam, Okt-
Peningkatan ketara kes jangkitan influenza direkodkan di seluruh negara dengan majoriti kluster dikesan melibatkan institusi pendidikan termasuk sekolah dan tadika.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, pemantauan melalui sistem Survelan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) mendapati kadar konsultasi meningkat daripada 7.38 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-40 kepada 9.22 peratus pada ME-41 (5 hingga 11 Oktober 2025).
Daripada keseluruhan 535 kluster dilaporkan sejak awal tahun, sekolah mencatat 65.8 peratus atau 352 kluster, diikuti tadika (96), institusi pengajian (35), rumah persendirian (33), tempat kerja (10), pusat jagaan (6) dan penjara atau Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (3).





















