JPJ DAN PUSPAKOM AKAN DIBUKA ‘WALK IN’ MULAI 6 SEPTEMBER

Kuala Lumpur, Sept 3-

Tiada lagi janji temu apabila kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom akan dibuka dengan kapasiti 100 peratus bagi ‘walk in’ bermula 6 September ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu sidang media pada Jumaat berkata individu yang berurusan di kaunter JPJ walau bagaimanapun perlu lengkap vaksinasi dan menunjukkan status risiko rendah di aplikasi MySejahtera.

Dalam sidang media sama, beliau turut mengumumkan pelanjutan tempoh moratorium pembaharuan lesen kenderaan motor dan lesen memandu Malaysia hingga 31 Disember 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here