Tempoh pembaharuan lesen memandu telah dilanjutkan hingga 31 Disember

Tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor dan lesen memandu Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dibuka dengan kapasiti 100 peratus untuk ‘walk in’ bermula 6 September dan tiada lagi janji temu.

Katanya, individu berurusan di kaunter JPJ perlu lengkap vaksinasi dan tunjuk status risiko rendah di MySejahtera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here