Covid-19 kes 19,057 – kematian 362

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 19,057 kes baru Covid-19 hari ini. Perak dan Perlis mencatatkan kes baru tertinggi untuk tahun ini, masing-masing dengan 1,450 kes dan 99 kes. Bilangan pesakit di dua negeri ini yang dimasukkan ke hospital juga meningkat sejak dua bulan lalu (lihat carta di bawah).

Bagi kadar vaksinasi, separuh daripada populasi dewasa di Perlis sudah divaksin manakala di Perak dengan satu pertiga populasi dewasa. Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital di kawasan yang memiliki kadar vaksinasi tinggi seperti Lembah Klang dan Negeri Sembilan pula dalam trend menurun, kecuali Sarawak.

Sementara itu, 362 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan 17,883 orang. Seramai 978 pesakit dirawat di ICU dengan 460 memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor – 3,775 (619,167)
  • Sarawak – 2,723 (127,151)
  • Sabah – 2,279 (157,285)
  • Johor – 2,077 (147,193)
  • Pulau Pinang – 1,558 (93,137)
  • Perak – 1,450 (72,821)
  • Kelantan – 1,434 (83,067)
  • Kedah – 1,329 (105,881)
  • Kuala Lumpur – 711 (175,994)
  • Terengganu – 605 (36,122)
  • Pahang – 410 (46,416)
  • Melaka – 338 (50,011)
  • Negeri Sembilan – 242 (92,580)
  • Perlis – 99 (2,256)
  • Putrajaya – 18 (5,528)
  • Labuan – 9 (9,830)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here