Georgetown, Mei-
Seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara ditemukan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel di Tanjong Bungah di sini, semalam.
Mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemukan oleh orang awam pada 3.35 petang sebelum memaklumkan kejadian kepada polis. Difahamkan, mangsa pergi ke hotel berkenaan bersama rakan lelakinya yang juga berusia 24 tahun dan kejadian berlaku tidak lama selepas mereka mendaftar masuk ke bilik.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan hanya menyedari rakannya itu adalah mangsa dalam insiden terbabit selepas melihat orang ramai berkumpul di tingkat bawah selain turun ke tempat kejadian bagi mendapatkan kepastian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi berkata, hasil siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes itu.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan bedah siasat ke atas mangsa dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.













