New Zealand melaporkan kematian pertama yang melibatkan varian Delta

New Zealand melaporkan kematian pertama membabitkan varian Delta, menurut Kementerian Kesihatan dalam kenyataan pada Sabtu. Sebanyak 20 kes baru Covid-19 melibatkan penularan tempatan dilaporkan di Auckland pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kes kematian itu membabitan wanita berusia 90-an dan mempunyai sejarah penyakit kronik. Perdana Menteri Jacinda Ardern mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Rakyat yang lebih tua dan mempunyai masalah kesihatan paling berisiko terkena virus itu. Satu daripada kunci utama adalah untuk menghentikan penularannya,kata Ardern.

Menurut kenyataan itu, masalah kesihatan wanita berkenaan menyebabkan dia tidak boleh diberikan bantuan pernafasan atau rawatan di unit rawatan rapi. Auckland bandar raya terbesar di New Zealand dikenakan sekatan pergerakan Tahap Empat dan seluruh negara pula di bawah sekatan Tahap Tiga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here