Perbaharui cukai jalan, lesen memandu di Pos Malaysia

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara bermula Isnin ini.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Pos Malaysia menjelaskan, bagi yang telah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh memilih untuk meneruskan janji temu tersebut pada tarikh, masa dan lokasi pilihan atau secara jumpa terus di mana-mana cawangan pejabat pos.

“Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans kenderaan motor mereka menerusi kaunter pejabat pos atau secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih,” menurutnya. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan ‘AskPos’ di laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium bagi pembaharuan LKM dan LMM dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Beliau berkata bagaimanapun, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here