Sekolah akan tetap dibuka 3 Oktober: Menteri Pendidikan

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini. Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Untuk rekod, negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN ialah Kedah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menurut Radzi, dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka terlalu lambat adalah tidak tepat.

Sebaliknya, tegas beliau, keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Radzi berkata, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan.Dalam masa sama, Radzi memaklumkan, beliau akan mengumumkan Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah dalam masa terdekat. Saya ingin jelaskan bahawa bukan soal lambat (buka sekolah)… kita perlu penelitian, perlu ambil kira keadaan semasa. (Ini) berbeza apabila kita buka pada 24 Jun lalu, pada waktu itu kes tidak banyak, tapi vaksin tak ada, masyarakat kita tidak divaksinkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here