Covid -19: 336 lagi kematian baru

Sebanyak 20,396 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan keseluruhan jangkitan 1,844,835 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Kali pertama kes di Sarawak melangkaui 3,000 kes dan mencatatkan rekod kes harian dengan 3,747 jangkitan. Terdahulu, kes harian tertinggi di negeri itu dicatatkan pada 2 September lalu dengan 2,992 jangkitan.

Jumlah kes Covid-19 di luar Lembah Klang merangkumi 77.9 peratus kes hari ini, tertinggi sejak lonjakan jangkitan di luar ibu negara. Kuala Lumpur merekodkan 597 kes baru manakala Selangor 3,886 kes. Negeri lain yang merekodkan kes harian empat angka termasuklah Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 336 lagi kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 18,219 orang. Seramai 959 pesakit Covid-19 dirawat di ICU dengan 436 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here