Anak dilahirkan di luar negara layak mendapat kewarganegaraan sekiranya ibu tersebut warganegara Malaysia

Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan mesti melalui undang-undang membenarkan wanita rakyat Malaysia memberikan kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara.mHakim Akhtar Tahir, yang menyampaikan keputusannya berkata, perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mesti bermaksud dan merangkumi ibu.

Hakim juga memerintahkan semua pihak berkuasa mesti mengeluarkan dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan kepada kanak-kanak terbabit,” kata peguam Gurdial Singh Nijar.Gurdial berkata, hakim tidak memerintahkan sebarang pembayaran kos kerana ia adalah isu kepentingan awam. Pihak kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin.

Gurdial dibantu oleh Abraham Au, Joshua Andran dan Gan Pei Fern, mengambil pendirian tegas bahawa diskriminasi jantina tidak boleh diamalkan kerana Parlimen pada 2000 telah meminda Perkara 8 Perlembagaan. Perkara itu menyatakan semua orang adalah sama disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sama.

Pemohon tahun lalu memfailkan tuntutan itu untuk meminta mahkamah mengisytiharkan beberapa peruntukan, iaitu Perkara 14 (1) (b) dan Seksyen 1 (b) dan 1 (c) di bawah Jadual Kedua Perlembagaan tidak sah kerana mendiskriminasi wanita. Mereka mendakwa bahawa Perlembagaan hanya membenarkan seorang bapa menyerahkan kewarganegaraannya kepada anak yang dilahirkan di luar persekutuan, tetapi seorang ibu tidak boleh berbuat demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here