Petaling Jaya, Sept 9-
Kementerian Kesihatan melaporkan 19,307 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,919,774 setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,118 kes.
Diikuti Selangor (2,700), Sabah (2,298), Pulau Pinang (2,243), Johor (2,032), Kelantan (1,438), Kedah (1,355), Perak (1,341), Terengganu (910), Pahang (661), Kuala Lumpur (513), Melaka (340), Negeri Sembilan (207), Perlis (108), Putrajaya (28) dan Labuan (15).