Jumpa mayat bayi di tong sampah

Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat bayi dalam tong kitar semula di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra  Bangi, semalam. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan selepas pihaknya menerima maklumat daripada pekerja syarikat kitar semula yang menemui mayat bayi dalam plastik itu pada jam 4.41 petang.

Siasatan awal mendapati pekerja itu sedang mengumpul barang kitar semula ketika menemui bungkusan plastik berkenaan. Bungkusan yang berbau busuk itu kemudian dibuka yang membawa kepada penemuan mayat bayi dibalut dengan kain,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata mayat bayi itu dianggarkan seberat antara 2 hingga 3kg dan dipercayai meninggal dunia kurang daripada 36 jam. Bagaimanapun, jantinanya tidak dapat dipastikan dan telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit. Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 atau mana-mana balai polis berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here