14,345 KES COVID-19, SARAWAK TERTINGGI

Petaling Jaya, Sept 20-

Kementerian Kesihatan melaporkan 14,345 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,112,175 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,611 kes.

Ia diikuti Johor dengan 1,598 kes, Selangor (1,365), Sabah (1,255), Pulau Pinang (1,170), Perak (1,090), Kelantan (1,050), Kedah (967), Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307), Melaka (162), Negeri Sembilan (125), Perlis (51) dan Putrajaya (11).

Labuan tidak melaporkan sebarang kes dalam tempoh 24 jam lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here